Universiti Islam Antarabangsa





terasa kagum ketika kaki melangkah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), serasa ingin sekali ingin menjadi pelajar UIA dengan kemudahan yang lengkap, dengan buku-buku yang tersusun rapi di perpustakaan, peraturan yang mudah untuk dilaksanakan ketika masuk melangkah...UIA akan kemi jejaki lagi untuk pencarian yang tidak berpenghujung...

kehidupan...

ermm...malam ni terasa amat bosan sekali..lalu menjenguk blog yang sudah lama di tinggalkan..tangan laju menaip kata-kata yang entah apa2 yang hendak di ungkapkan..kengkawan yang lain ketika ada yang sudah lena di buai mimpi dan ada juga yang leka "facebook"..
Terasa rindu pada suami yang jauh nun di hujung sana..aku sentiasa mendoakan dirimu agar di rahmati dan di redai Allah selalu dan sentiasa berada di atas landasan Islam selamanya...miss you so much...





Aplikasi CD-ROM dalam Kelas kemahiran Al-Quran

ARUS MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN : APLIKASI CD-ROM DALAM KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN (KKQ).

________________________________________________________________

Amisah Durman

Sahrizan Zakaria

Suzanah Hasim

Email : ampaiampai@Gmail.com

Abstract

Nowadays, using of teaching material aids by computer in process of teaching and learning have expanded at all institutes in Malaysia. Teaching and learning process of Islamic education also can’t escaped from this scenario. Using computer as a teaching material in Islamic education can be described in various aspects. However, in this article, we just explain about one of the aspect, it is using courseware especially in subject of learning “tarannum”. Generally, refer to the fact that using of courseware like CD-ROM was able to make teaching and learning process works more effectively so that by the same way, using CD-ROM in subject “tarannum” also can perform the same benefit. But the question in this issue is how using of that courseware or CD-ROM is able to make the teaching and learning ‘tarannum” process become easier and can it be as one of the best teaching material aids than the other teaching metarial? So to answer the question, we also provide the reasons and our explaination in this article based on our study of that issue. Finally, we also clarifiy about the challenges that the teachers will face in future in the new era of technology , besides we give our view about the importance of expertise the computer skills to all religious teachers.

Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan multimedia masa kini semakin tersebar luas dan mendapat tempat di serata dunia, dan tidak terkecualilah juga di negara kita. Penggunaannya telah membawa harapan yang tinggi bahawa teknologi dapat digunakan dengan meluas khususnya di dalam bilik darjah. Banyak kekuatan dan faedah yang boleh didapati daripadanya menyebabkan ianya mendapat pengiktirafan daripada ramai pendidik. Multimedia ini adalah gabungan dua perkataan iaitu multi dan media yang boleh didefinisikan sebagai pelbagai media (Abdul Ghani Shamsuddin, 1997, hlm.146). Antara peranan multimedia ini menurut Giam Kah Low (1999) dapat dilihat dari kajian psikologi kognitif yang menunjukkan seseorang pelajar akan ingat 10% apa yang dibaca, 20% daripada apa yang didengar, 30% daripada apa yang dilihat, 50% daripada apa yang dilihat dan didengar, 70% daripada apa yang di suarakan sendiri, dan 90% daripada apa yang dilakukan sendiri (hlm.59). Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran yang berkesan boleh dicapai sekiranya semua pancaindera pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Selain itu, multimedia juga berperanan sebagai perangsang motivasi pelajar. Contohnya seperti melalui penggunaan program hipermedia. Program yang dikendalikan ini mampu menarik perhatian orang ramai. Dan menurut Rozinah Jamaluddin (2005), ciri-ciri hipermedia mempunyai keupayaan yang tinggi dalam menggalakkan pelajar menjadi seorang yang proaktif (hlm. 45). Dan peranan lain multimedia ini ialah ianya alat yang mempunyai sifat keanjalan, dan maksud keanjalan ini boleh digambarkan melalui situasi ini iaitu : ada di kalangan yang pelajar tidak pandai dalam ekspresi penulisan, tetapi dia mempunyai ciri-ciri visual yang boleh mendokumentasikan benda dengan sesuatu bunyi atau gambar. Maka dapat didefinisikan bahawa keanjalan multimedia ini adalah berkaitan dengan fungsi penggunaannya yang boleh diadaptasikan sesuai dengan kebolehan dan kemampuan pelajar.

Perkembangan multimedia dalam pendidikan

Perkembangan pesat era teknologi maklumat dan komunikasi dalam dekad ini berlaku dengan begitu pantas sekali di seluruh pelosok dunia seiring dengan perkembangan keperluan hidup manusia yang sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Zaman ini, kehidupan manusia yang semakin kompleks menjadi salah satu faktor penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin meluas dan salah satu faedah dari perkembangan teknologi ini ialah multimedia.

Sejajar dengan perkembangan pesat ini, negara kita juga turut menerima tempiasnya. Dan buktinya ialah langkah kerajaan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 27 Ogos 1995 yang telah diumumkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (Baharuddin Aris et al., 2003, hlm. 1). Sehubungan dengan penubuhan MSC ini, aspek yang turut diambil perhatian adalah pendidikan. Ini kerana antara dasar kerajaan yang ada dicadangkan dalam MSC ini ialah penubuhan sekolah bestari. Pada masa ini, kerajaan sedang berusaha giat untuk memperkasakan penubuhan sekolah bestari seperti yang telah dicadangkan. Dan antara dasar penubuhan sekolah bestari ini ialah menubuhkan sekolah yang dilengkapi dengan perkakasan IT dan multimedia.

Namun begitu, seringkali terdapat persepsi yang salah mengenai konsep sebenar sekolah bestari ini. Ramai yang menyangka bahawa sekolah bestari adalah sebuah sekolah yang keseluruhannya berkomputer. Namun, konsep sekolah bestari yang sebenarnya bukanlah mengenai teknologi semata-mata. Penggunaan multimedia adalah merupakan salah satu komponen sahaja (Baharuddin Aris et al., 2003, hlm. 7). Sekolah bestari juga bukanlah sekolah yang dikhaskan untuk pelajar pintar atau sekolah di bandar besar, tetapi penubuhannya adalah meliputi semua peringkat pelajar sama ada yang berada di bandar atau diceruk tempat terpencil sekalipun. Dalam perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia, semua sekolah di seluruh negara akan menjadi sekolah bestari, 85 buah sekolah bestari dijangka siap dibina dalam tahun 1999 dan pada tahun 2010, projek sekolah bestari ini akan dikembangkan ke semua sekolah rendah dan sekolah menengah (Baharuddin et al., 2003, hlm. 13).

Rancangan kerajaan mengenai penubuhan sekolah bestari ini secara tidak langsung pasti akan mempengaruhi kurikulum yang sedia ada di sekolah. Mohd Hang Tuah Ismail (2005) menyatakan bahawa pembaharuan dan semakan semula kurikulum Pendidikan Islam juga telah disyorkan oleh Jemaah Menteri dengan mengambil kira penekanan terhadap kandungan teks dan kaedah pelaksanaan kurikulum yang lebih berkesan untuk dilaksanakan di sekolah (hlm. 47). Akhirnya melalui kurikulum baru Pendidikan Islam yang telah dikaji semula, pelbagai unsur penggunaan ICT telah diselitkan di dalam buku teks Pendidikan Islam demi menggalakkan para guru Pendidikan Islam mahir menggunakan multimedia. Oleh yang demikian, kami berpendapat kurikulum kelas kemahiran Al-Quran (KKQ) di semua SMKA seluruh negara dan kelas aliran agama (KAA) juga turut menerima perubahan selaras dengan semakan semula kurikulum Pendidikan Islam teras dan elektif.

Aplikasi CD-ROM dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ)

Perkembangan multimedia yang begitu pesat dalam pendidikan telah membawa kepada impak perubahan yang besar kepada proses P&P yang berlaku di sekolah, dan hal ini secara tidak langsung telah mencabar dan mendorong para guru untuk turut serta dalam perkembangan yang berlaku khususnya guru yang mengajar kelas kemahiran Al-Quran (KKQ). Memahirkan diri dalam kemahiran teknologi ini tidak akan merugikan guru. Hal ini turut disokong oleh International Society for Technology in Education (ISTE) yang menyarankan guru untuk menguasai dan menggunakan multimedia dalam pengajaran (Baharuddin Aris et.al., 2003, hlm. 24). Ini kerana antara kelebihan jika mahir dalam bidang IT ini ialah dapat menghasilkan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang lebih berkesan.

Dan salah satu BBM berbantukan komputer yang berkesan ialah dengan menggunakan program perisian kursus computer (courseware) seperti CD-ROM. Walaupun penggunaan CD-ROM ini masih lagi belum meluas dalam kalangan guru KKQ, namun terdapat segilintir pihak yang mula menyedari tentang kepentingan penggunaan CD-ROM ini dalam P&P kelas kemahiran Al-Quran. Ini kerana, pengeluaran CD-ROM untuk belajar Al-Quran telah mula diperkenalkan di pasaran akhir-akhir ini. Penggunaan CD-ROM dalam P&P kelas kemahiran Al-Quran ini sangat penting kerana ianya dapat memudahkan proses pengajaran Al-Quran khususnya dalam bidang hafazan, tarannum dan Qiraat. Namun persoalannya ialah bagaimanakah penggunaan CD-ROM ini dapat memudahkan proses P&P kelas kemahiran Al-Quran dalam bidang tarannum ?

Untuk mempelajari bidang-bidang Al-Quran seperti hafazan, tarannum dan Qiraat secara berkesan, kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk digunakan oleh guru ialah kaedah talaqqi dan musyafahah. Dalam kaedah ini, guru akan berhadapan secara langsung dengan pelajar untuk mendengar dan membetulkan bacaan pelajar. Namun disebabkan kekangan peruntukan masa yang terhad untuk kelas kemahiran Al-Quran atau kelas aliran agama di sekolah iaitu sebanyak 3 jam dalam seminggu, maka guru tidak mungkin berkesempatan untuk bertalaqqi dengan setiap pelajar hanya dalam masa 3 jam (http://www.zainul.com/kkq/panduan.htm). Oleh itu kami berpendapat penghasilan CD-ROM dalam bidang tarannum sedikit sebanyak dapat membantu guru dan pelajar. Berdasarkan pembacaan dari bahan rujukan yang kami peroleh, kami berpendapat antara aspek-aspek yang menyebabkan penggunaan CD-ROM ini yang dapat memudahkan guru dan pelajar dalam kelas kemahiran Al-Quran ialah mudah dibawa, mudah dipelajari, mudah dimiliki dan pembelajaran kendiri.

Aspek pertama yang akan kami huraikan ialah berkenaan saiz CD-ROM. Saiz CD-ROM yang kecil menyebabkan ianya mudah untuk dibawa guru dan pelajar ke mana-mana. Di samping itu, cara untuk menggunakan CD-ROM ini juga mudah untuk dipelajari. Guru atau pelajar hanya perlu memasang CD-ROM ke pemacu cakera padat pada komputer dan mengklik ikon yang berkaitan untuk membolehkan CD-ROM beroperasi seperti sistem audio yang lengkap. Kecanggihan fungsi komputer juga membolehkan pelajar memasang CD-ROM berulang-ulang kali sehingga pelajar dapat menguasai lagu tarannum. Selain itu, aspek lain yang menjadi faktor CD-ROM popular digunakan sebagai BBM ialah kerana harganya yang murah. Pada penghujung tahun 1996, pengeluaran program multimedia dalam bentuk cakera padat iaitu CD-ROM telah meningkat sehingga lebih daripada 15 ribu unit. Peningkatan pengeluaran CD-ROM ini secara tidak langsung juga menjadi faktor penjualan harga CD-ROM menurun dari berharga kira-kira RM250.00 pada tahun 1992 kepada kira-kira RM50.00 pada tahun 1999 (Baharuddin Aris et. al., 2003, hlm. 89). Harga yang berpatutan ini menyebabkan CD-ROM mudah dimiliki guru dan pelajar. Untuk mempelajari bidang Al-Quran seperti tarannum dengan berkesan, pelajar seharusnya perlu mempraktis lagu tarannum yang diajar secara konsisten dan sudah pasti mempraktis lagu tarannum tersebut menuntut pelajar untuk meluangkan masa yang lebih lama dari masa pengajaran yang diperuntukan kementerian. Namun disebabkan masa pengajaran yang terhad, pembelajaran yang berkesan tidak mungkin berlaku dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, salah satu jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini ialah melalui pembelajaran menggunakan CD-ROM. Ini kerana melalui penggunaan CD-ROM, pelajar dapat belajar secara kendiri. Menurut Baharuddin Aris et al., (2003), program pembelajaran kendiri ini tidak memerlukan seseorang pelajar itu untuk berada bersama-sama guru di lokasi dan masa yang ditetapkan. Melalui CD-ROM pelajar boleh melatih cara bacaanya sendiri walaupun guru tidak ada bersama-sama pada masa itu (hlm. 157). Walaubagaimanapun satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam penggunaan CD-ROM sebagai BBM ialah guru perlu mengaplikasikan CD-ROM tersebut di dalam kelas dan CD-ROM yang digunakan ini hanyalah sebagai panduan dan bimbingan tambahan kepada pelajar. Selain daripada aspek-aspek yang telah disebutkan, faktor lain mengapa penggunaan CD-ROM dapat membantu P&P bidang tarannum berlaku dengan lebih berkesan ialah kerana persembahan perisian dalam CD-ROM yang baru dan menarik berbanding BBM tradisional yang lain. CD-ROM ini dikatakan menarik kerana ciri-ciri yang terdapat pada CD-ROM seperti audio, teks, grafik, animasi dan imej. Menurut Ee Ah Meng dalam Literasi Komputer, media yang dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah dilihat dari aspek daya penarik bahan yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar (hlm. 52). Selain itu, bahan multimedia seperti CD-ROM ini membawa ciri penting khusus dalam konteks pendidikan iaitu interaktif ( Sohaimi Abdul Aziz, 1997, hlm. 53). Media yang baik ialah media yang dapat melibatkan penglibatan pelajar secara maksimum.

Kesimpulan

Membicarakan mengenai penggunaan CD-ROM sebagai Bahan Bantu Mengajar yang memudahkan P&P kelas kemahiran Al-Quran, satu klasifikasi yang dapat kami simpulkan ialah ianya merupakan satu usaha yang baru dan dinamik oleh guru Pendidikan Islam di negara kita dalam memartabatkan inisiatif penubuhan sekolah bestari yang dicadangkan kerajaan. Namun usaha penggunaan teknologi ini sebagai pengupaya (enabler) yang mempunyai kelebihan berbanding dengan kaedah sedia ada (tradisional) adalah bergantung kepada sejauh mana perisian kursus (courseware) yang ada di pasaran pada masa kini berkualiti dan sesuai dengan silibus kurikulum di sekolah. Selain itu, pengeluaran CD-ROM yang boleh diaplikasikan dalam P&P kelas kemahiran Al-Quran bagi bidang tarannum di pasaran juga hanya sedikit sahaja dan terhad. Maka antara cabaran yang harus digalas oleh guru pendidikan Islam yang mengajar kelas kemahiran Al-Quran ialah menghasilkan lebih banyak perisian kursus (courseware) yang bersesuaian dengan kurikulum sedia ada sebagai BBM bidang tarannum dan bidang-bidang Al-Quran yang lain seperti tajwid, Qiraat dan hafazan. Selain itu, kemajuan teknologi yang meresap masuk secara perlahan-lahan ke dalam kurikulum sekolah juga bakal merubah persepsi para guru Pendidikan Islam pada masa akan datang mengenai peranan multimedia. Dalam era teknologi kelak, aplikasi multimedia akan semakin meluas sama ada dalam pentadbiran, pengurusan dan pengajaran di sekolah. Oleh yang demikian, kami berpendapat hal ini sedikit sebanyak akan mengelirukan guru Pendidikan Islam mengenai peranan mereka yang lebih penting berbanding multimedia, sekaligus menurunkan motivasi mereka untuk meningkatkan prestasi dalam pekerjaan. Walaupun pada masa akan datang peranan multimedia akan membawa impak yang besar dalam pendidikan, namun guru Pendidikan Islam sepatutnya tidak leka dengan peranannya dalam membangunkan bangsa manusia. Peranan multimedia hanyalah sebagai alat yang menyimpan dan membawa maklumat sahaja. Multimedia tidak mempunyai emosi seperti manusia, oleh itu multimedia tidak akan mampu membina sahsiah dan jati diri pelajar. Dan sejajar dengan perkembangan era teknologi maklumat masa kini, kami menyarankan wajarlah setiap guru termasuk guru Pendidikan Islam membina kecekapan menggunakan teknologi maklumat kerana kelebihan yang ada pada teknologi maklumat sebagai pemudah dan pemangkin proses P&P di sekolah.

RUJUKAN

Abdul Ghani Samsuddin & Norhashimi Saad. (1997). Sekolah Bestari dari Perspektif Islam dan Perisian Multimedia dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat (hlm. 141-158). Selangor: Maktab Perguruan Islam.

Ahmad Rafizi Salleh. (1997). Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Islam (hlm. 65-78). Selangor: Maktab Perguruan Slam.

Ambugapthy, P. (1999). Literasi dalam Pendidikan : Perubahan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Pusat Pembangunan dan Pendidikan Komuniti.

Baharuddin, A. (2003). Sains Komputer Teknik dan Teknologi. Selangor: Venton Publishing Sdn Bhd.

Giam Kah, L. (1999). Gaya Pembelajaran dan Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan TIGAENF , 57-63.

Hatim Mohd Tahir, et al. (1994). Literasi Komputer. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Rozinah Jamaluddin. (2005). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Jamaludin Harun, et al. (2001). Pembangunan Perisian Multimedia Satu Pendekatan Sistematik. Selangor: Venton Publishing Sdn Bhd.

Mohd Hang Tuah Ismail. (2005). Penggunaan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Berdasarkan Komputer Di Kalangan Guru-Guru Pendidikan Islam. Fakulti Pendidikan : Universiti Malaya.

Salleh Hasan. (1997). Pendidikan Guru Bestari : Cabaran Dan Pengisian. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat dalam Pendiidkan Islam (hlm. xvii-xxvii). Selangor: Maktab Perguruan Islam.

Sohaimi Abdul Aziz. (1997). Sastera Kanak-kanak Islam : Cabaran Dan Masa Depan Dalam Era Multimedia Digital. Prosiding Seminar Kebangsaan Teknologi Maklumat Pendidikan Islam (hlm. 47-57). Selangor: Maktab Perguruan Islam.

Tajul Nordin, A. (1993). Penggunaan Teknologi Canggih dalam Pendidikan Islam Pada Abad ke-12. Seminar Islam Dan Cabaran Abad Ke-21 (hlm. 1-10). Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

___________. ( t.t ). Panduan Pelaksanaan KKQ Di Sekolah. Dimuat turun pada Mac 20, 2009, daripada http://www.zainul.com/kkq/panduan.htm.

Cinta Si Rama-Rama

Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang."

Wahai wanita, anda adalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yang bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul. Para lelaki yang mendiami bumi ini akan ketandusan kasih. Dunia pasti tidak menarik untuk didiami. Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2 'sampai hati' sesama sendiri

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Namun anda yang bernama wanita, mengapa ramai sekali yang sengaja merosakkan diri di tengah2 kebuasan lelaki.



Memang keinginan untuk berteman fitrah insan, tapi tak usah mangsakan diri anda untuk lelaki yang kurang perasaan. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya apabila ia disentuh.

Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan, tiada siapa akan pedulikannya lagi. Memang ramai wanita berasa bangga apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi wahai wanita, sayap anda yang indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat dijari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sebagaimana sayap rama-rama berpindah coraknya kejari anda tatkala anda menyentuh serangga yang kecil itu.

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah anda tidak berasa apa-apa yang hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa-apa biar berapa ramai wanita yang berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yang tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yang asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi.

Lihatlah kehidupan dari sudut yang begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yang hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda. Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yang hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yang menggilai hanya lelaki yang tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yang tahunya melihat anda sebagai 'alat'. Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yang jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana-mana. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yang salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah daripada sang kelkatu yang menerjah api. WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA yang MENENTUKAN...

Ketenangan Jiwa

Ketenangan jiwa adalah sumber bagi kebahagiaan. Seseorang individu tidak akan mengalami perasaan yang bahagia sekiranya jiwanya tidak tenang. Hakikat perjalanan hidup yang dilayari, semakin jauh direntasi maka semakin banyak peristiwa yang dihadapi. Banyak persoalan kehidupan yang menyebabkan manusia merasa bimbang, resah dan gundah.

Tanggung jawab juga semakin banyak yang perlu dilaksanakan dan menyebabkan pemikiran manusia perlu memikirkan bagaimana ia perlu dilaksanakan selain persoalan-persoalan yang perlu dijawab. Setiap individu secara relatifnya memiliki banyak tanggungjwab berbanding dengan nisbah kemampuannya dari segi tenaga, masa dan material. Sebagaimana Al-syahid Imam Hassan Al-Banna mengatakan bahawa "Kewajipan itu lebih banyak dari waktu yang ada." Secara logiknya, apabila berhadapan dengan banyak persoalan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan tentulah seseorang itu sukar untuk mempunyai jiwa yang tenang. Selagi tanggungjawab tersebut tidak diselesaikan secara lumrahnya agak mustahil untuk dia merasa tenang. Walau bagaimanapun, kita memaklumi bahawa selagi manusia itu tidak berhenti bernafas, selagi itulah masih wujud perkara yang perlu difikirkan dan diselesaikan. Maka di sini timbul persoalan, bagaimanakah seseorang manusia boleh memiliki ketenangan jiwa saudara? Adakah harta kekayaan, kemasyhuran atau segala nikmat yang wujud di dunia ini boleh menjadi mekanisme yang baik bagi seseorang manusia dapat memiliki ketenangan jiwa? Sebenarnya, semuanya ini memang memungkinkan. Ia berlaku apabila semua kelebihan dan kebaikan ini diurus dengan baik dan dibelanjakan dengan cara yang diredai Allah. Cuma lumrahnya, harta kekayaan yang dimiliki lebih menjadi suatu dugaan kepada seseorang. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu dugaan tentulah lazimnya hatinya akan keresahan, seperti seseorang yang berada dalam peperangan. Dia mungkin menang di dalam dugaan tersebut, dan barangkali juga dia kecundang. Ketenangan jiwa yang hakiki sebenarnya adalah anugerah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dan terserap ke dalam hati-hati orang yang beriman. Ketenangan jiwa bagi orang-orang yang beriman menjadikan mereka mempunyai hati yang teguh dan mantap berbanding dengan orang lain yang mengalami kegoncangan perasaan. Gabungan ketenangan dan keimanan yang terletak di dalam hati seseorang akan mewujudkan keyakinan yang tinggi pada ketika orang lain mengalami perasaan ragu-ragu dan syak wasangka. Gabungan ini juga akan menghasilkan kesabaran dan ketabahan yang jitu pada ketika orang lain mengalami keluh kesah. Ketenangan seperti inilah yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda berhijrah bersama sahabat baginda Saydina Abu Bakar Al-Siddiq. Tidak ada perasaan cemas, berduka cita, kebimbangan atau sebagainya. Dan keadaan mereka berdua ini disebut dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah telah menolongnya (Muhammad), ketika orang-orang kafir mengusirnya, mereka hanya berdua sahaja ketika mereka berada di dalam gua. Pada kala itu dia berkata kepada temannya: Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Allah bersama kita." Maka di sini timbul persoalan, “mengapakah orang beriman lebih berhak merasakan ketenangan jiwa dan ketenteraman hati?” Sedangkan secara logiknya manusia boleh merasakan kedamaian jiwa apabila dia bijak menguruskan pembahagian tugas dengan masa yang ada padanya, tidak kira sama ada dia seorang Islam ataupun bukan. Mengapa orang yang tidak beriman tidak boleh memiliki ketenangan atau kedamaian jiwa yang hakiki? Orang beriman lebih mampu memiliki kedamaian di hatinya atau dianugerahi perasaan tersebut kerana yang paling utama dia telah menerima fitrah kemanusiaan yang Allah tanamkan dalam dirinya dengan ikhlas. Dia menerima dengan reda perjalanan hidup yang sesuai dengan fitrahnya sebagai seorang manusia. Fitrah manusia merasa lapar dan kenyang, dahaga dan segar, sakit dan sihat, kecewa dan gembira dan sebagainya. Dia akur dan ikhlas menerima keadaan yang yang dialami. Umpamanya, apabila dia merasa dahaga dia tidak merungut dengan rasa tidak selesa tekaknya. Atau apabila dia merasa lapar, dia tidak akan bersungut dengan bunyi keroncong perutnya. Dia menyedari bahawa itulah fitrah seorang manusia yang dahaga atau lapar. Sebaliknya, bagi manusia yang menolak fitrah ini, dia hanya mahu menerima keadaan yang menyenangkan dirinya dan enggan untuk menerima perasaan yang tidak selesa bagi dirinya. Apabila seseorang manusia menerima fitrah ini, dia sebenarnya mengenali dirinya, asal usul kewujudannya dengan rasa insaf dan mengetahui tujuan hidupnya. Selanjutnya, dia mengetahui tugas dan kewajipannya terhadap Pencipta yang menjadikannya. Semuanya ini memberi maksud bahawa dia mengenali Allah s.w.t sebagai Penciptanya. Maka, kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki tidak akan berlaku kepada manusia yang tidak mengenal dirinya dan tidak mengenal Tuhannya. Allah swt telah berfirman yang seiringan dengan hal ini yang firman itu bermaksud; "Orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah melupakan mereka terhadap dirinya sendiri." Berhubung dengan keadaan mengenali atau tidak mengenali seorang hamba terhadap Tuhannya, hakikatnya di dalam setiap diri manusia telah wujud fitrah kemanusiaan yang mengiktiraf kewujudan Tuhan sebagai tempat yang patut disembah dan dirujuk. walaupun pada zahirnya dia dilihat sebagai tidak mengenali Tuhannya sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud; "Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, maka lenyaplah dari ingatanmu apa yang kamu puja selain dari Allah." Di sebalik keadaan tersebut, orang yang beriman lebih bebas dari keraguan yang menyiksakan hati dan dirinya. Dia mempunyai keyakinan yang teguh terhadap pengiktirafannya terhadap Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang wajib disembah. Dia meyakini bahawa Allah s.w.t telah mencipta dan membentuk manusia dengan rupa yang baik dan sempurna, mulia dan memiliki ciri-ciri yang istimewa. Kesempurnaan yang dimiliki oleh manusia ini telah melayakkan manusia untuk menjadi khalifah yang bertanggungjawab untuk mengurus, mentadbir, memimpin dan memakmurkan bumi ini. Mukmin yang beriman menerima watikah ini berserta dengan hukum yang diturunkan kepadanya. Maka, dia akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh keimanan, dengan pegangan yang ampuh dalam hidup yang penuh cubaan dan kecurigaan ini. Lanjutan dari perkara ini, orang yang beriman mengetahui antara kebaikan dan kejahatan; antara keadilan dan kezaliman; antara yang hak dengan yang batil; antara yang mengelirukan dengan yang nyata. Suka dan duka pada orang beriman adalah suatu fitrah yang datang silih berganti dan bukan sebagai noktah dalam penghidupan. Dia akan menganggapnya hanya sebagai suatu titik permulaan atau sekadar perhentian sementara. Orang yang beriman mendatangi hidup pada hari ini adalah suatu kerjaya, untuk mencapai keselesaan dan kebahagiaan dalam kehidupan mendatang, yang lebih meyakinkan dan kekal. Dia amat meyakini kehidupan dunia akan datang yang setiap orang akan menerima balasan usahanya, dan tidak disisihkan walau barang secebis. Bagi orang yang beriman juga, dia meyakini bahawa penciptaan dirinya bukanlah suatu perkara yang sia-sia. Penciptaan setiap manusia itu sendiri merupakan suatu nikmat yang tiada terperi dan kewajipannya pula adalah untuk menegakkan hukum dan keadilan di tengah umat manusia. Namun demikian, bagi mereka yang tidak beriman, sentiasa diselimuti kegelapan batin, kehairanan dan berada dalam keadaan yang ragu. Persepsi mereka terhadap kehidupan sangat kabur, mencemaskan dan menakutkan. Keadaan ini akan mengakibatkan kegelisahan yang berulang-ulang dan semakin menebal. Pendirian golongan ini juga tidak tetap, tidak tegas dan tidak meyakinkan. Keadaan mereka yang tidak meyakinkan, tidak akan berubah selagi mereka tidak mengusahakan diri mereka untuk mencapai keimanan. Allah berfirman yang antaranya bermaksud; "Dan sesiapa yang membelakang (menyangkal) dari mengingati Aku (Allah), sudah tentu akan memperoleh kehidupan yang sukar dan sempit. Kami akan mengumpulkan mereka nanti pada hari Kiamat menjadi orang buta. Dia berkata: Wahai Tuhanku! Mengapa aku Engkau kumpulkan menjadi orang yang buta, sedangkan ketika aku di dunia aku seorang yang mampu melihat? Maka Allah pun menjawab: Begitulah! Keterangan-keterangan Kami telah datang kepadamu, tetapi engkau melupakan (engkau tidak mempedulikan). Dan begitulah pada hari ini, engkau Kami tidak endahkan pula." Pendirian yang meyakinkan dan tegas sebagaimana pendirian tegas orang-orang yang beriman hanya lahir apabila manusia menjadikan al-Qur'an sebagai sumber kehidupan dan sunnah Rasulullah sebagai mekanismenya. Sebagaimana maksud firman Allah; "Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dan Kitab yang terang. Dengan itu, Allah memimpin sesiapa yang mahu mengikut keredaan-Nya ke jalan kedamaian, dan mereka dikeluarkannya dengan izin-Nya dari kegelapan kepada cahaya yang terang, dan mereka dipimpin-Nya ke jalan yang lurus." Mereka yang jelas dengan jalan yang bakal ditempuhi tidak akan merasa gentar dengan apa yang bakal mereka lalui. Kebimbangan tidak wujud di dalam hati mereka disebabkan mereka hanya memohon keredaan daripada Allah s.w.t. Sebagaimana pengulangan yang disebut oleh orang beriman di dalam solat yang didirikan yang bermaksud, "Pimpinlah kami ke jalan yang lurus" Jalan yang disebutkan di dalam firman Allah sebagai; "Sesungguhnya, inilah jalanku yang lurus, maka turutlah jalan itu. Dan janganlah kamu turut jalan-jalan yang lain, kerana nanti kamu akan terpisah dari jalan Allah. Itulah yang diperintahkan Tuhan kepada kamu, supaya kamu bertakwa." Selain itu juga orang yang beriman yang dianugerahi ketenangan jiwa adalah disebabkan dia amat mengetahui dan meyakini bahawa dia tidak sekali-kali atau barang sedetik dalam keadaan terpencil dan terasing. Dia merasa bahawa Tuhan Maha Pencipta berada amat hampir dengan diri dan hatinya. Walau di mana dia berada, dia akan sentiasa merasakan bahawa Tuhan berada di sampingnya, dia amat meyakini dengan sebuah firman Allah yang berbunyi: "Timur dan Barat itu kepunyaan Allah. Sebab itulah, ke mana sahaja kamu menghadapkan mukamu, maka di situlah wajah Allah. Sesungguhnya, Allah itu luas kurnianya dan Maha Mengetahui." Dan Allah swt juga turut berfirman; "Dia (Allah) ada bersama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah itu melihat dengan terang apa yang kamu lakukan." Dia akan melahirkan ikatan perasaan tersebut dengan memuji, bertasbih dan tunduk kepada Tuhannya tanpa putus sebagai tanda kecintaannya terhadap Tuhannya. Sebagaimana pujian dan tasbih yang dilakukan oleh segala makhluk yang berada di sekitarnya sepertimana firman Allah yang bermaksud; "Langit yang tujuh, bumi dan apa yang ada di dalamnya, bertasbih memuji Tuhan. Segala sesuatu, semuanya bertasbih memuji Tuhan, tetapi kamu tiada mengerti tasbih (pujian) mereka. Sesungguhnya Tuhan itu Penyantun dan Pengampun." Dan ciri-ciri istimewa yang pasti dimiliki oleh mereka yang beriman, tiada konflik dalam diri mereka antara persimpangan istilah "jikalau" dan "seandainya". Pengeluhan dan kekecewaan adalah punca utama mengapa manusia lazimnya terhalang jauh dari memiliki ketenangan jiwa. Manusia yang senantiasa memikirkan perkara yang telah berlaku tanpa memperbaiki dirinya pada hari ini dan untuk persediaan mendatang, sebenarnya hanya menzalimi dirinya sendiri. Dia seolah-olahnya hanya meletakkan beban demi beban dipundaknya disebabkan kekecewaan demi kekecewaan yang berlaku dalam perjalanan hidupnya. Dia hanya akan menyatakan, "Kalaulah aku tidak melakukannya, sudah pasti aku tidak akan melalui nasib yang sebegini…" ataupun "jikalau aku melakukan begitu dan begini, sudah pasti aku akan menerima keuntungan begitu dan begini…" Ini sebenarnya sebahagian sikap orang-orang munafik yang diterangkan di dalam firman Allah; "Orang yang munafik yang mengatakan kepada rakan-rakannya, dan mereka sendiri tinggal di belakang: Kalau sekiranya mereka mengikut kita, tentulah mereka tidak akan mati terbunuh. Katakan: Cubalah hindarkan kematian itu dari dirimu kalau kamu memang orang-orang yang benar." Demikianlah jawapan bagi suatu persoalan, bagaimanakah ingin memiliki ketenangan jiwa. Ketenangan jiwa hanya dapat diperolehi dengan hanya satu cara, yakni beriman dengan Allah. Dan keimanan itu disertai dengan akal budi yang diasaskan kepada petunjuk Allah swt. Dengan rasional seorang manusia yang bersumberkan tauhid kepada Allah. Dengan kekuatan emosi yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Memiliki pendirian yang tegas sebagai mukmin sejati.

Hindari Hari dengki

HINDARI HATI DARI DENGKI

"Janganlah kalian saling mendengki, saling menfitnah (untuk suatu persaingan yang tidak sehat), saling membenci, saling memusuhi dan jangan pula saling menelikung transaksi orang lain. Jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslimnya yang lain, ia tidak menzhaliminya, tidak mempermalukannya, tidak mendustakannya dan tidak pula melecehkannya. Takwa tempatnya adalah di sini -seraya Nabi SAW menunjuk ke dadanya tiga kali. Telah pantas seseorang disebut melakukan kejahatan, karena ia melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas sesama muslim yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya. " (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra).

Di tengah hiruk pikuk kehidupan sosial-politik dan tarik menarik kepentingan saat ini, sungguh kita patut merenungkan secara mendalam wasiat Nabi SAW di atas. Kita sadar dan seluruh masyarakat dunia tahu, bahwa mayoritas penduduk Indonesia adalah muslim. Bahkan Indonesia adalah negara muslim yang terbesar penduduknya di dunia. Tetapi mengapa dalam kehidupan sehari-hari, dalam hampir semua sektor kehidupan, khususnya dalam hubungan sosial, umat Islam Indonesia, termasuk sebagian kalangan penuntut ilmu, mempertontonkan akhlak yang justeru tidak Islami?

Jika didiagnosa dengan pendekatan iman, maka sebab dan sumber segala penyakit sosial umat adalah penyakit hati. Dan salah satu penyakit hati yang sangat ganas serta berbahaya bagi kesehatan hati adalah penyakit dengki. Bahayanya lagi, penyakit dengki ini tidak bekerja sendirian, tetapi -untuk memperparah penyakit hati yang diserangnya- ia melahirkan penyakit-penyakit turunan, sebagaimana disebutkan Nabi SAW di atas, yaitu saling menfitnah, saling membenci, saling memusuhi dan seterusnya.

Secara umum dengki atau iri hati bisa diartikan kebencian terhadap orang lain yang memiliki kenikmatan atau keutamaan yang melebihi dirinya. Bahkan terkadang pula, sampai benci terhadap nikmat apapun yang diterima orang lain, meskipun dirinya memiliki kenikmatan tersebut, bahkan lebih banyak. Misal, dengki kepada kawan yang baru naik jabatan, dengki kepada tetangga yang baru saja beli mobil, dengki kepada saudara yang semua anaknya sarjana dan berpenghasilan tinggi dst. Kehidupan modern yang serba materialistis saat ini, -di mana segala sesuatu, hingga keberhasilan, diukur dengan uang dan materi- lebih berpeluang untuk membuka 'kran hati' untuk saling mendengki.

Dengki itu bertingkat-tingkat. Pertama, ada pendengki yang berusaha menghilangkan nikmat yang diperoleh orang yang didengkinya, dengan ucapan seperti fitnah dan perbuatan, meskipun dia tidak mengharapkan nikmat tersebut pindah kepada dirinya.

Kedua, ada pendengki yang selain berusaha menghilangkan nikmat dari orang yang didengkinya, ia juga berusaha memindahkan nikmat tersebut kepada dirinya. Kedua macam dengki tersebut adalah dengki yang sangat tercela. Dan dosa dengki itulah yang merupakan dosa iblis. Iblis dengki kepada Adam karena Allah memberi keutamaan kepada Adam atas segenap malaikat dengan menyuruh para malaikat sujud (sebagai penghormatan) kepada Adam, mengajarkannya nama segala sesuatu dan menempatkannya di Surga. Demikianlah lalu iblis dengan kedengkiannya berusaha mengeluarkan Adam dari Surga.

Ketiga, ada orang yang bila mendengki orang lain, ia tidak melanjutkan dengki itu dalam bentuk ucapan maupun perbuatan. Dan demikian itulah tabiat yang sekaligus kelemahan manusia; hampir selalu menginginkan memiliki apa yang dimiliki orang lain. Menurut riwayat dari Al-Hasan, selama tidak dibuktikan dengan ucapan dan perbuatan, iri hati jenis ini tidak berdosa. Namun tentu, sebaiknya ia hilangkan perasaan dengki dan iri tersebut dari dalam hatinya, hingga tidak menjadi penyakit.

Keempat, ada lagi iri hati yang tidak menginginkan nikmat itu hilang dari kawannya, tetapi ia berusaha keras bagaimana mendapatkan nikmat semacam itu.

Jika nikmat tersebut bersifat duniawi, maka tidak ada kebaikannya sama sekali. Iri hati seperti inilah yang juga ditunjukkan oleh orang-orang yang menginginkan kehidupan dunia, seperti yang dilakukan orang-orang kepada Qarun (Al-Qashash: 79).Jika nikmat itu bersifat ukhrawi, maka ia adalah kebaikan. Dan inilah yang dinamakan ghibthah (keinginan).

Buruknya Dengki

Dalam bahasa sarkasme, orang pendengki adalah orang yang senang melihat orang lain dilanda bencana, dan itu disebut syamatah. Syamatah dengan hasad selalu berkait berkelindan. Dari sini kita tahu, betapa jahat seorang pendengki, ia tidak rela melihat orang lain bahagia, sebaliknya ia bersuka cita melihat orang lain bergelimang lara (Ali Imran: 120). Dengki juga merupakan sikap orang-orang ahli Kitab (Al-Baqarah: 109), dan juga menimpa saudara-saudara Yusuf yang mengakibatkan sebagian mereka ingin menghabisi nyawa saudaranya sendiri, Yusuf Alaihis Salam (Yusuf: 8-9).

Sebab-sebab Dengki

Rasa dengki pada dasarnya tidak timbul kecuali karena kecintaan kepada dunia. Dan dengki biasanya banyak terjadi di antara orang-orang terdekat; antarkeluarga, antarteman sejawat, antartetangga dan orang-orang yang berdekatan lainnya. Sebab rasa dengki itu timbul karena saling berebut pada satu tujuan. Dan itu tak akan terjadi pada orang-orang yang saling berjauhan, karena pada keduanya tidak ada ikatan sama sekali. Jika dikaitkan dengan teori-teori sosial, maka faktor timbulnya rasa dengki juga hampir sama dengan faktor timbulnya konflik. Menurut teori konflik, konflik hanya terjadi pada orang-orang yang saling berdekatan, baik dalam hal pekerjaan, jabatan, kekeluargaan dan sebagainya.

Pertama, permusuhan, inilah yang paling parah. Ia tidak suka orang lain menerima nikmat, karena dia adalah musuhnya.

Kedua adalah ta'azzuz (merasa paling mulia). Ia keberatan bila ada orang lain melebihi dirinya. Ia takut bila koleganya mendapatkan kekuasaan, pengetahuan atau harta yang bisa mengungguli dirinya.

Ketiga, takabbur atau sombong. Ia memandang remeh orang lain dan karena itu dia ingin agar dipatuhi dan diikuti perintahnya. Ia takut bila orang lain memperoleh nikmat, berbalik dan tidak mau tunduk padanya. Termasuk dalam sebab ini adalah kedengkian orang-orang kafir Quraisy kepada Nabi SAW, yang seorang anak yatim tapi kemudian dipilih Allah untuk menerima wahyuNya (Az Zukhruf: 31) .

Keempat, merasa ta'ajub dan heran terhadap kehebatan dirinya. Hal ini sebagaimana yang biasa terjadi pada umat-umat terdahulu saat menerima dakwah para rasul Allah. Mereka heran manusia yang sama dengan dirinya, bahkan yang lebih rendah kedudukan sosialnya, lalu menyandang pangkat kerasulan, karena itu mereka mendengkinya dan berusaha menghilangkan pangkat kenabian tersebut (Al Mu'minun: 34).

Kelima, takut mendapat saingan. Bila seseorang menginginkan atau mencintai sesuatu maka ia khawatir kalau mendapat saingan dari orang lain, sehingga tidak terkabullah apa yang ia inginkan. Karena itu, setiap kelebihan yang ada pada orang lain selalu ia tutup-tutupi.

Keenam, ambisius dalam hal kepemimpinan (hubbur riyasah). Hubbur riyasah dengan hubbul jah (senang pangkat-kedudukan) adalah saling berkaitan. Ia tidak menoleh terhadap kelemahan dirinya, seolah-olah dirinya tak ada tolok bandingnya.

Ketujuh, kikir dalam hal kebaikan terhadap sesama hamba Allah. Ia gembira jika disampaikan kabar padanya bahwa si fulan tidak berhasil dalam usahanya. Sebaliknya, ia merasa sedih jika diberitakan, si fulan telah berhasil mencapai kesuksesan dan kepangkatan yang dicarinya.

Selain hal-hal di atas, mungkin masih ada sebab-sebab kedengkian lain, tapi paling tidak, inilah sebab yang banyak terjadi.